15/01/13

Best day ever ~14th Wedding Anniversary...fuhhhh!

Bercinta Selepas Nikah ~ Alhamdulillah, pd hari ini genaplah usia perkahwinan yg dibina dengan segala rasa - pahit, manis, kelat, masam, masin, payau, tawar dll - selama 14 tahun dgn kurniaan 4 cahayamata ( errr...setakat ni...ehehh ) sebagai pengikat kasih....

Terima kasih yg tak terhingga utk dia yg sangat memahami dan banyak bersabar dgn kerenah aku...Mungkin kerana itu juga aku yg tak penyabar ni boleh bersabar dlm menjaga dia dan anak2 serta rumahtangga kami...

Bukan senang taw nak bertahan selama ni jika perhubungan ni tiada tolak ansur, sabar, kasih sayang, kepercayaan dan saling memahami...Bumi mana tak ditimpa hujan kan?..Bergaduh salah faham tu standard lah sebagai perencah untuk menyedapkan lagi resepi alam perkahwinan...ehehh

Suami isteri itu tugasnya saling melengkapi kerana tiada kesempurnaan sikap sebagai manusia biasa...Disitulah pentingnya kesabaran n kerjasama...sama2 dapat menerima kekurangan diri masing2 dan cuba perbaiki jika ada kelemahan...

Harapan aku untuk perkahwinan ini semoga Allah memberkati rumahtangga kami dan memberikan kekuatan untuk kami terus bertahan dengan segala dugaan dan ujian yg diberi...Dan semoga rumahtangga yg dibina akan berkekalan hingga hujung nyawa....ke syurga Insya Allah....Amiin....

# Sayang selamanya kerana Allah......(^__^) Y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan